AMPANG JAYA: Polis menahan seorang wanita warga China yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar empat buah kenderaan di Jalan Bunga Mawar 5A, Taman Muda, Ampang, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam Selasa, suspek berusia 54 tahun yang memandu Proton Wira itu dikatakan hilang kawalan apabila tiba di Jalan Bunga Cempaka 2 dan melanggar sebuah kereta Mazda yang diletakkan di bahu kiri jalan.
Katanya, suspek kemudian mengundurkan keretanya dan melanggar pula sebuah lagi kereta Honda City di bahu kanan jalan.
"Akibat perlanggaran itu, kereta Honda City teranjak ke hadapan dan melanggar kereta Chevrolet yang diparkir di hadapannya.
"Suspek seterusnya memandu ke arah Jalan Bunga Mawar 5A namun sebaik sampai di jalan itu, dia sekali lagi hilang kawalan lalu melanggar Proton Saga yang diparkir di tepi kanan jalan dan sebatang tiang lampu di tepi kiri jalan," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Mohammed Farouk menambah, suspek kemudiannya mengundurkan kereta hingga terhenti di dalam garaj yang terdapat di tepi kiri jalan.
Ujian kandungan alkohol dalam darah suspek yang dijalankan menggunakan mesin jenis EBA-II katanya, mendapati tahap kandungan alkohol pemandu melebihi had yang dibenarkan.
Beliau memberitahu, suspek kini ditahan reman sehingga 27 Mac ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dijalankan.
Katanya, jika disabit bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman denda antara RM5,000 dan RM10,000 serta boleh juga dipenjara selama tidak melebihi 12 bulan.
"Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 24 2021
Dalam kejadian itu suspek yang memandu Proton Wira dikatakan hilang kawalan apabila tiba di Jalan Bunga Cempaka 2 dan melanggar beberapa kenderaan. - Gambar media sosial
Kasino di Forest City: 'Tuduhan jahat cuba gagalkan pembangunan SFZ'
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia juga dilihat mengulangi persepsi negatif berbentuk hasutan dan fitnah yang ditimbulkan pihak tertentu kepada Forest City pada tahun 2018.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Wanita warga Afrika ditemukan mati tepi jalan, dipercayai dibunuh - Polis
Seorang wanita warga Afrika ditemukan terbunuh, selepas dipercayai bergaduh berhampiran Jalan Memanda 2, Ampang pada Ahad.
Polis buka kertas siasatan selebriti langgar SOP ziarah Aidilfitri
Polis membuka kertas siasatan ke atas keluarga seorang selebriti di Hulu Kelang, Ampang Jaya selepas sekeping gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri tular di media sosial, pada Isnin.
Wanita warga China disyaki mabuk langgar empat kenderaan direman
Polis menahan seorang wanita warga China yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar empat buah kenderaan di Jalan Bunga Mawar 5A, Taman Muda, Ampang, malam tadi.
12 premis judi di Ampang Jaya dipotong bekalan elektrik
Sebanyak 12 premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di Ampang Jaya dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.
Tiga penyamun 'buru' mangsa lemah, bertubuh kecil dan bersendirian ditahan
Itu modus operandi sekumpulan penjenayah yang menyamar sebagai polis untuk melakukan samun di sekitar Taman Melawati, Ampang Jaya.
Nahas helikopter Taman Melawati: Polis rekod keterangan tujuh saksi, 20 lagi akan dipanggil
Selain itu 20 lagi saksi yang telah dikenal pasti akan dipanggil dalam masa terdekat untuk direkodkan keterangan.
Jamal Yunos sembunyi di ladang kelapa sawit?
Selepas gagal menghadirkan diri ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan kepada polis, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dilihat sembunyi di ladang kelapa sawit.
Mana Jamal Yunos? Hanya peguam hadir di IPD Ampang Jaya
Peguamnya Datuk Mohd Imran Tamrin difahamkan telah berjumpa dengan pihak polis tanpa kehadiran Jamal.
Pukul anggota Rela: Lelaki bergelar Datuk Seri ditahan
Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan polis selepas tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.
Jamal Yunos dibebaskan, bakal saman media dakwa kenyataan diputar-belit
Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos yang ditahan polis semalam berhubung kenyataannya tentang rusuhan di Jalan Petaling telah dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini.